iklan responsive
Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?
Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia
pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait
rumah tangga juga turut dikongsi!
Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang
lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan
bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka
di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula
sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon
hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul
ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada
tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan
peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini
ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan
tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi.
Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih
rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu
bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat
orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah
pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda
dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang
berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi
tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna
membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan
kita lebih baik dari mereka.
6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan,
mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau
lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.
Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu
bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Berikut video nasihat daripada Prof Dr Muhaya cara
macam mana nak bahagia.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya"
Post a Comment