iklan responsive
Kota Bharu : Seorang pelajar cemerlang Maahad Amir
Indra Petra Kelantan maut apabila motosikal yang ditunggang nya diperjalanan
mengambil keputusan SPM telah terlibat kemalangan.
Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli, 17, maut selepas
motosikal yang ditunggangnya merempuh pokok di Jalan Padang Melintang, di sini,
pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Mohamad Iqbal Hafiz
Mohamad Kauli, 17, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Apa yang berlaku amat mengundang pilu apabila ada
diantara rakan arwah mengatakan keputusan SPM arwah amat cemerlang dengan 10A.
Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Ibu mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, berkata anaknya
keluar dari rumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada jam 7.30 pagi
untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah
(SMU) Maahad Amir Indera Petra di sini.
“Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang
jaraknya kira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal jenis Yamaha LC 135LC
terbabas dan merempuh pokok,” katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik
HUSM di sini, hari ini.
Beliau berkata, Mohamad Iqbal anak kedua daripada
empat beradik, tidak menunjukkan sebarang perubahan dan reda dengan
pemergiannya.
Katanya, jenazah Mohamad Iqbal akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sri Sentosa, Jalan Beris Kubur Besar, Bachok,
petang ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi
Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata berdasarkan keterangan
saksi, mangsa menunggang motosikal Yamaha 125Z dari Kota Bharu menghala ke
Beris Kubur Besar.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa
dikatakan terbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan.
“Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan parah
di kepala,” katanya,Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
Mari kita sama-sama doakan semoga roh arwah di
letakkan di kalangan orang yg beriman..Amin.. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.
Sumber: Utusan,accidentportaltoday via
sinarmukmin.com
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "PELAJAR CEMERLANG 10A MAAHAD MAUT DALAM PERJALANAN AMBIL KEPUTUSAN SPM.. INNALILLAHIWAINNALILLAHIROJIUN."
Post a Comment