iklan responsive
Penghujung zaman luar biasa,
Penuh dengan tipu daya
Kita hamba kepada Yang Esa
Mengharap dari-Nya sinar cahaya
Agar terhindar dari binasa
Dan fitnah dunia yang maha bahaya
Sebagai umat baginda Nabi Muhamad SAW hidup kita di
akhir zaman kini dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Ia hadir dalam pelbagai bentuk sama ada kesenangan
atau kesusahan, kelapangan atau kesempitan, kecantikan atau keburukan.
Sedar atau tidak kita diuji dari segenap penjuru
dalam menuju ke alam pengabdian yang nyata iaitu akhirat. Allah SWT berfirman
yang bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)?
Surah al-Ankabut: 2
Namun semua hal tersebut bukanlah sebagai alasan
untuk kita terus leka dalam urusan dunia ini. Terdapat petikan ceramah seorang
ustaz yang masih saya ingati hingga kini iaitu kata beliau;
“Hati manusia akan mati jika tidak mendengar
tazkirah melebihi tiga hari”
‘Mati’ di sini bermaksud terus lalai dan leka. Lebih
malang jika kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sedang berada di dalam
fasa kelalaian.
Maka lazimilah hari-hari yang anda dengan melakukan
perkara walau sebesar hama yang bertujuan mendekatkan, dan mengingatkan diri
dan hati kepada Allah SWT.
Oleh itu, penulisan artikel ini juga bertujuan
mengajak para pembaca menjadikan beberapa perkara sebagai rutin dengan harapan
ia akan menjadi kebiasaan yang tidak dilupakan, iaitu hafalan 3 surah yang
memberikan fadhilat besar kepada kita.
#1 – Surah Kekayaan
Saya pasti ramai pembaca yang tahu akan sebuah surah
yang apabila diamalkan secara berterusan akan menghilangkan kemiskinan di dunia
dan mendapat manfaat di akhirat, iaitu surah Al-Waqiah. Surah ke 56 di dalam Al
–Quran ini mempunyai sebanyak 96 ayat.
Jika dilihat dari segi bilangan ia diakui agak
banyak, namun sekiranya anda semua membacanya ternyata kebanyakan ayat di dalam
surah ini pendek dan ringkas.
Ini akan memudahkan kita untuk menghafalnya secara
berperingkat-peringkat. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud;
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap
malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”
Berdasarkan hadis di atas, surah ini sebagai salah
satu punca kekayaan yang kita mahukan bukan sahaja di dunia, malah akhirat.
Tafsiran ayat di dalam surah ini menceritakan
mengenai keindahan yang ada di dalam syurga sebagai ganjaran kepada mereka yang
mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Kekayaan yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu
kepada harta benda sahaja. Kesihatan, kelapangan dada dalam menghadapi masalah,
usia, kegembiraan dan ketaatan dalam agama juga saya kira sebagai kekayaan
kepada kita.
Malah bebas dari pelbagai jenis hutang juga dikira
sebagai kekayaan. Kita kini berada di masa sara hidup semakin meningkat dan
keperluan semakin bertambah.
Oleh itu tidak hairan jika ada dalam kalangan kita
yang melakukan dua hingga tiga pekerjaan dalam satu masa.
Di sebalik kekalutan dalam menghadapi berbagai
dugaan dan cabaran di dalam hidup, mudah jika kita mengamalkan surah ini secara
berterusan.
Berniatlah agar sentiasa dipermudahkan urusan dan
berlapang dada apabila diuji.
#2 – Surah Perlindung Fitnah
Saya yakin pembaca kebanyakannya menyedari bahawa
kita sebagai umat Islam juga adalah umat terakhir.
Oleh itu kita juga berada dalam fasa akhir zaman
iaitu zaman di mana bumi menuju ke usia tuanya yang sangat hampir.
Sebelum tibanya kiamat, kita akan diuji dengan
kedatangan Dajjal Al-Masihi. Oleh itu surah yang paling sinonim dengan akhir
zaman dan Dajjal adalah Al-Kahfi yang bermaksud gua.
Kelebihan mengamalkan 10 ayat pertama atau 10 ayat
terakhir adalah mengelakkan kita dari terpengaruh dengan ujian dan godaan yang
maha hebat di waktu itu.
Ianya dipanggil fitnah akhir zaman di mana kerosakan
yang berlaku di muka bumi tidak dapat digambarkan. Daripada Al-Bara bin ‘Azib
RA berkata yang bermaksud;
“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan
disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak
awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari
daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi
SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda,
“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan
rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan
ayat-ayat al-Qur’an”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith: Pertama, para malaikat akan turun
daripada langit untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca oleh setiap
orang Islam yang bertaqwa.
Kedua adalah terdapat keramat atau perkara luar
biasa boleh berlaku kepada hamba-hamba yang soleh sebagai penghormatan bagi
mereka
Hadis di atas membuktikan bahawa kekuasaan Allah
meliputi setiap perkara yang kita lakukan terutama kebaikkan.
Oleh itu masih belum terlambat sekiranya kita
mulakan dari saat ini dengan menghafal 3 ayat pertama Al-Kahfi pada setiap subuh
agar ia mampu menjadi rutin hingga ayat ke 10.
Kelebihan lain adalah apabila dibaca dengan lengkap
surah tersebut, maka dosa-dosa kecil kita akan diampunkan antara dua Jumaat dan
insha Allah diberkati segala urusan apabila diniatkan ibadat ini kerana Allah
dan dalam mencari rahmat-Nya.
#3 – Surah Menjauhi Seksaan Kubur
Surah terakhir yang wajar kita hafal adalah surah
yang melindungi kita daripada seksaan kubur malah menerangi kita kelak iaitu
surah Al-Mulk.
Saya mempunyai seorang teman yang menghafal surah
ini dan menjadikannya kebiasaan untuk dibaca sebelum tidur. Menurutnya surah
tersebut dihafal sewaktu melakukan qiamulai di bangku sekolah.
Apa yang membuatkan saya tertarik adalah walaupun
surah ini agak panjang bagi setiap ayatnya, beliau dapat menghafalnya dalam
masa yang singkat.
Saya yakin bahawa faktor usia memainkan peranan
dalam melancarkan proses hafalan tersebut. Suka saya sarankan kepada pembaca
yang telah berkeluarga dan mempunyai anak agar mula melatih mereka menghafal.
Seterusnya menjadikan surah ini sebagai surah lazim
di dalam kehidupan harian mereka. Mudah-mudahan apabila kita tiada kelak,
mereka dapat membacakan surah ini sebagai sedekah kepada kita di alam kubur.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang
jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan
kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu
ialah “al-Mulk”
Riwayat Abu
Daud dan at-Tirmizi
Kesimpulannya, apa yang dapat saya sarankan kepada
pembaca agar mengamalkan ketiga-tiga surah penting ini untuk menambah saham
akhirat dan buat diri kita sendiri.
Mulakan dengan mana-mana surah yang anda fikir mudah
untuk dihafal. Di samping itu, perhatikan juga makna bagi setiap ayat yang
dibaca. Kita juga mahu beramal dengan memahami makna bacaan kita.
Rujukan
1. Tafsir al-quran Al- Karim, Rasm Uthmani
2. http://www.islam.gov.my/
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku
walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai
yang akan mendapat manafaat.
Kredit : tazkirah.net
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Mari Beramal Dengan 3 Surah Ini Di Kehidupan Akhir Zaman"
Post a Comment