iklan responsive
“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung.
Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi
dan petang.
Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan
langit dan bumi dalam keadaan lurus dan pasrah. Dan aku bukanlah dari golongan
orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku
dan matiku semata hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya,
begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim”
Indahnya bait-bait dalam doa ini. Inilah doa
Iftitah. Doa yang dibaca sewaktu kita mula berdiri bersemuka menghadap
Pencipta. Menghadap penuh rasa rendah diri serta mengagungkan kebesaran-Nya.
Hukum membaca doa Iftitah ini adalah sunat, yang
mana ia dibaca dalam solat selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah
Al-Fatihah. Walaupun hukumnya sunat, namun pahala membacanya bukan kepalang.
Doa Iftitah Gabungan Dua Riwayat
Menurut Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, doa
Iftitah yang menjadi bacaan kelaziman masyarakat Islam di rantau ini adalah
merupakan gabungan dua riwayat hadis yang berbeza.1
Doa pertama merupakan riwayat Ibnu Umar r.a yang
bermaksud:
“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung.
Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi
dan petang”
Manakala doa kedua adalah merupakan ayat awal dari
riwayat Sayidina Ali Bin Abi Thalib yang bermaksud:
“Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah
menciptakan langit dan bumi secara lurus. Dan aku bukan termasuk dalam kalangan
orang-orang yang Musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah milik Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku
diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim.”
Lafazkan Juga Walau 3 Baris Ayat Pertama
Terdapat pelbagai versi doa Iftitah ini, ada yang
pendek dan ada yang panjang. Terpulang kepada kita untuk memilih versi yang
mana asalkan kita tetap mahu mengalunkannya tatkala mengadap Pencipta.
Kuasa kehebatan doa Iftitah ini terukir dalam satu
kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a,
“Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah s.a.w,
ada seorang pemuda mengungkapkan 3 baris ayat pertama dari doa Iftitah, iaitu:
“Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah
dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.”
Usai solat, Rasulullah s.a.w bertanya siapa yang
membaca doa Iftitah itu tadi. Selepas mengetahui siapa yang membacanya,
Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa,
“Aku terkejut dengan keutamaan kalimat tersebut.
Pintu-pintu langit telah terbuka kerananya!”
Kemudian Ibnu Umar r.a berikrar selepas mendengar
sabda Rasulullah s.a.w dengan menyatakan,
“Maka aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat
itu semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu.”
Sesungguhnya doa Iftitah ini memiliki kehebatan yang
luar biasa sehingga pintu langit bisa terbuka kerananya. Maka dengan terbukanya
pintu langit ini bermakna cepatlah doa kita akan sampai kepada-Nya dan
dikabulkan segera dengan izin dari-Nya.
Justeru itu sahabat bacalah, walau hanya tiga baris
ayat.
SUMBER : tazkirah.net
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "PINTU LANGIT TERBUKA KERANA DOA INI…SUBHANALLHAH…LIKE SHARE AMALKAN"
Post a Comment