iklan responsive
seperti diketahui, tidur setelah waktu Subuh
merupakan salah satu hal yang dilarang dalam Islam. Namun ternyata, tidak hanya
setelah Subuh. Ada waktu-waktu lain yang tidak boleh digunakan untuk tidur
menurut pandangan Islam.
Untuk itu, berikut kami ulas beberapa istilah yang
biasa digunakan untuk menyebut tidur yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
1.
Hailulah
Hailulah ialah tidur sehabis solat Subuh. Tidur
jenis ini dilarang kerana dapat menghalangi kita dari rezeki yang Allah
turunkan pada pagi hari.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Apabila kamu telah selesai solat Subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari
rezeki.” (HR. Thabrani)
2.
Qailulah
Qailulah secara bahasa ertinya tidur pada
pertengahan siang. kerana ertinya “tidur siang”, sebahagian besar orang
menyangka qailulah merupakan “tidur siang” dalam erti sebenarnya, iaitu
benar-benar tidur. Pada nyatanya,qailulah tidak harus tidur, istirehat pada
siang hari juga sudah termasuk qailulah.
Ash-Shan’ani rahimahullah berkata, yang ertinya,
“Qailulah adalah istirehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur.” Maka,
qailulah bererti tidur atau istirahat yang dilaksanakan pada siang hari.
Waktunya sekitar 20-30 minit sebelum zohor.
Al-Munawi rahimahullah berkata, “Qailulah adalah
tidur di pertengahan siang ketika zawal (waktu zohor) atau mendekati waktu
zawal sebelum atau sesudahnya.”
Dalam sebuah riwayat, pada musim dingin Rasulullah
tidur setelah zohor, sedangkan saat musim panas Rasulullah tidur sebelum zohor.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari
kurniaan-Nya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan” (Ar-Ruum :23)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Qailulah-lah (istirehat sianglah) kalian, sesungguhnya syaitan-syaitan itu
tidak pernah istirehat siang.”
Demikian juga perbuatan para sahabat, “Pernah suatu
ketika ada orang-orang Quraisy yang duduk di depan pintu Ibnu Mas’ud. Ketika
tengah hari, Ibnu Mas’ud mengatakan, “Bangkitlah kalian (untuk istirehat
siang), Yang tertinggal hanyalah bahagian untuk syatan.” Kemudian tidaklah Umar
melewati seorang pun kecuali menyuruhnya bangkit.”
Dalam riwayat yang lain, “Dahulunya ’Umar bila
melewati kami pada tengah hari atau mendekati tengah hari mengatakan,
“Bangkitlah kalian! Istirehat sianglah! Yang tertinggal menjadi bahagian untuk
syatan.”
Selain dianjurkan oleh Rasulullah, Qailulah juga
dapat mengubati insomnia, menurunkan stres, meningkatkan daya ingatan,
meningkatkan produktiviti, dan mencegah penyakit jantung.
3.
Ailulah
Ailulah ialah tidur yang dilakukan setelah
melaksanakan solat Asar. Tidur jenis ini dapat memicu berbagai penyakit. Di
antaranya sesak nafas, gelisah, dan murung. Selain itu, tidur setelah Asar juga
menyebabkan jam biologi kita terganggu serta memungkinkan terlewatnya waktu
solat Magrib. (*)
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "Sila Beri Perhatian! Inilah 3 Waktu Tidur yang Dilarang dalam Pandangan Islam"
Post a Comment