iklan responsive
Apa kaitannya layanan suami terhadap isteri dengan
kemurahan rezeki? Seorang suami yang
bertanggunjawab akan memandang nafkah isteri adalah salah satu perkara yang
perlu dititikberatkan selain daripada ibu bapa sendiri. Walaupun zaman moden ini menyaksikan isteri
juga mempunyai pendapatan sendiri namun urusan nafkah masih tergalas dibahu
suami.
Urusan perbelanjaan keluarga yang baik harus
mendapat persetujuan pasangan suami isteri untuk samaa-sama keluar daripada
masalah kesempitan hidup. Jika suami
merasa terlalu terbeban, alangkah baiknya jika ia dapat berbincang dengan baik
supaya ketidakpuasan hati dapat dielakkan.
Ada kalanya urusan material bukanlah punca segalanya, tetapi ketegangan perasaan, kurang perhatian menjadi
isu mengganggu emosi.
Jika berpendapatan sedikit, berikanlah sedikit. Jika banyak, berilah mengikut jumlah yang
sebaiknya. Allah swt tidak pernah
meminta suami memandang rendah isu nafkah ini sehingga berlaku zalim pada
isteri dan anak-anak. Jangan juga
mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu dan bapa. Redha mereka adalah sumber terbesar datangnya
redha Allah swt. Pokoknya, berlaku adil
kepada semua. Berat tanggungjawab suami
ini, namun sebagai manusia beragama Islam, sentiasalah berpegangn pada Al-Quran
dan Sunnah sebagai panduan.
Perkongsian daripada lelaki ini melalui laman Kisah
Rumah Tangga di Facebook menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memberi
pelbagai reaksi akan situasi yang dihadapi.
Kesempitan wang yang dihadapi kerana mengabaikan nafkah isterinya wajar
dijadikan rujukan para suami diluar sana.
Tak salah berbakti pada orang tua, namun jika sudah berkahwin,
tanggungjawab pada isteri juga jangan dilupakan. Mari baca luahan lelaki ini setelah mendapat
nasihat daripada seorang pakar agama dalam menungkap permasalahannya.
Saya seorang suami dan juga bapa kepada dua orang
anak,bagaimana saya nak mohon maaf ye kepada isteri saya min,ceritanya begini
saya bab nafkah akan utamakan dahulu kedua orang tua saya kerana bagi saya
orang tua saya pembawa rezeki buat saya, isteri saya berkali-kali saya skip
nafkah dia sebab nak beri kepada kedua orang tua saya. Rezeki saya sangat teruk
kebelakangan nie, semalam saya solat dekat masjid selesai solat saya luahkan
dengan imam tu kebetulan kami sembang,saya tersentap bila imam tanya nafkah
kepada isteri ada beri tak setiap terima gaji saya pun cerita lah saya beri
kepada orang tua dahulu,imam tu senyum dan cakap dalam islam pun sudah jelas
nafkah yang wajib kamu beri setelah diri kamu adalah isteri bukan kedua orang tua
kamu,jangan merungut kalau rezeki kamu sangat sempit sekarang kerana siapa tahu
isteri kamu tak redha, balik lah mohon maaf padanya dan perbetulkan lah
kesalahan kamu insyaallah rezeki kamu akan melimpah ruah kerana isteri pembawa
rezeki sebenar bukan kedua orang tua kamu. Timbul rasa bersalah sangat kepada
isteri min, sekarang baru saya faham kenapa solat doa dan utamakan kedua orang
tua saya pun rezeki tetap teruk rupanya saya tak adil kepada isteri saya.isteri
ku abang minta maaf.
Sumber: Siakapkeli.my
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Suami Mengadu Rezekinya Terlalu Teruk Walau Sering Bagi Nafkah Pada Orang Tua, Persoalannya: Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Perlu Didahulukan?"
Post a Comment