iklan responsive
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada
Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur
(kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan
barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha
Terpuji.”
Surah Luqman:12
Kisah Luqman disebut di dalam Al-Quran dengan satu
surah khas di atas namanya. Nasihat-nasihatnya menjadi hikmah kepada semua yang
bergelar anak.
Ada banyak kisah mengenai latar belakang dirinya
seperti dirinya seorang alim dan juga hamba. Namun, cukuplah untuk mengenali
Luqman sebagai seorang bijaksana yang bukan dari kalangan nabi sebagaimana
dipersetujui jumhur ulama.
Berikut adalah nasihat-nasihat penting Luqman kepada
anaknya yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua:
#1 – Tidak Menyekutukan Allah S.W.T
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada
anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar
kezaliman yang besar.”
Surah Luqman:13
Ini adalah nasihat terpenting yang diberikan oleh
Luqman kepada anaknya. Luqman menerapkan kepentingan akidah dalam nasihatnya.
Tidak menyekutukan Allah bermaksud hanya Allah s.w.t
sahaja yang diyakini oleh kita. Maksudnya, apa jua perbuatan shirik iaitu
mempercayai adanya kuasa lain yang menyamai Allah s.w.t adalah berdosa besar.
Perbuatan syirik menjadi punca rosaknya akidah
seorang muslim. Oleh itu, jika kita meletakkan kepercayaannya hanya kepada
Allah di dalam jiwa, iman kita juga menjadi mantap.
Setiap langkah diawasi sesuai dengan tanggungjawab
sebagai seorang muslim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
Kita percaya hidup kita dilindungi oleh Allah dan
hanya Allah menjadi tempat meletakkan harapan dan permintaan.
Kerana iman itu jugalah kita sentiasa mendidik akal
agar selalu mengkaji alam milik Allah ini. Kita melihat diri yang kerdil hanya
dengan melihat sehalus-halus ciptaan Allah.
Maka, diri selalu merasa rendah hati, hidup aman dan
harmoni, cinta diikhlaskan dan seluruh jiwa raga diserah kepada Allah s.w.t.
Justeru, hidup seorang muslim lebih teratur kerana
sentiasa dalam keadaan mengingati Allah walaupun semasa disibukkan dengan
urusan harian.
#2 – Patuhi Ibu Bapa
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)
kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah
yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah engkau kembali.”
Surah Luqman:14
Kedudukan ibu bapa amat tinggi dan dihormati
sehingga diletakkan mereka selepas kesyukuran kepada Allah s.w.t.
Manakala ibu pula disebut lebih dahulu daripada
bapa. Ini kerana Ibulah yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan.
Dalam tempoh itu, si ibu bersusah-payah, merasa
sakit dan keletihan membawa bayi yang dikandungnya ke mana-mana. Kemudian, tiba
saat melahirkan.
Kesakitannya ada yang sampai meragut nyawa. Selepas
itu, ibu menjaga, menyusukannya, mendidiknya sampai dewasa.
Walau bagaimanapun, mematuhi ibu bapa tidaklah
sampai menuruti mereka dalam hal yang dibenci Allah atau menyekutukan-Nya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah
kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan
ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku lah
kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Surah Luqman:15
#3 – Tunaikan Solat, Lakukan Kebaikan
Nasihatilah anak-anak agar isitqamah dalam amal
kebaikan tanpa mengira besar atau kecil kebaikan itu. Ini kerana setiap satu
kebaikan tanpa mengira besar atau kecilnya ia tetap akan dibalas oleh Allah
s.w.t.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(Luqman berkata):“Hai anakku, sesungguhnya jika ada
(sesuatu perbuatan) seberat biji sawi,dan berada dalam batu atau di langit atau
di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya
Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
Surah Luqman:16
Luqman juga menasihatkan agar menunaikan solat yang
sememangnya kewajipan bagi umat Islam. Solat adalah hak Allah yang menjadi
lambang agama.
Solat disebut dalam nasihat Luqman juga kerana
keutamaannya sebagai saluran hubungan antara manusia dengan Allah.
Di dalam solat, kita berinteraksi dengan Allah, maka
Allah dirasakan begitu dekat dengan diri kita. Solat itu pula bukanlah
dilakukan sekadarnya.
Solat perlu dilakukan dengan khusyuk iaitu sepenuh
perhatian dan penumpuan hati kepada Allah s.w.t. Hanya dengan solat yang
sempurna, iman juga turut meningkat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia)
mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
Luqman:17
#4 – Membuang Sifat Angkuh Dan Menyemai Kerendahan
Hati
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia
(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan
diri.”
Surah Luqman:18
Sifat angkuh atau takbur adalah sifat yang amat
tercela. Seseorang yang takbur sering merasakan dirinya lebih baik daripada
orang lain dan memandang rendah terhadap mereka.
Mereka mudah sahaja berasa marah untuk hal-hal kecil
kerana merasakan dirinya sempurna daripada kesilapan.
Itulah sebabnya Allah membalas mereka yang bersifat
angkuh walaupun sekadar atom ke dalam api neraka.
Ingatlah sesungguhnya sifat sombong dan kebesaran
itu adalah hak mutlak Allah s.w.t yang telah menciptakan alam ini. Firman Allah
s.w.t yang bermaksud:
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan
lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”
Surah Luqman:19
Maka, nasihat Luqman berjaya mendidik sifat tawaduk
dan tidak sombong dalam diri anak-anak. Ini kerana kita akan teringat betapa
kekuatan Allah tiada tandingannya.
Harta yang dimiliki tidak akan mampu mengatasi Allah
pemilik seluruh alam ini. Ilmu yang memenuhi jiwanya tidak akan dapat melawan
walaupun sekadar apa yang dilihatnya di alam ini.
Allah memiliki kesemua ilmu sedangkan ilmu kita
hanya setitis sahaja jika dibandingkan dengan seluruh lautan.
Kesimpulannya, sebagai anak, ambillah nasihat ini
agar kita sama-sama menjadi insan mulia di sisi Allah s.w.t.
Rahsia kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat
ini telah terbongkar sejak lebih seribu tahun dahulu.
Semoga kita mengambil ia sebagai panduan dalam
membentuk sebuah keluarga harmoni bukan sahaja di dunia ini, tetapi juga ke
syurga kelak.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku
walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan
artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai
yang akan mendapat manafaat.
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "4 Nasihat Agama Penting Disampaikan Kepada Anak-Anak Anda"
Post a Comment