iklan responsive
Sejuk hati mak ayah lihat anak mengaji Al Quran
dengan lancar dalam usia bawah 7 tahun. Lagi seronok jika anak dilatih mengaji
tanpa menggunakan rotan apatah lagi paksaan. Anak-anak pun tak semata-mata
menghafal, tapi ilmu Al Quran masuk sampai ke dalam hati. Walaupun ketika itu
usia anak baru masuk 3 tahun.
Ibu anak dua, Puan Syima Ariffin menggunakan
pendekatan cara mudah mengajar anak mengaji bermula dengan membaca alif ba ta
menerusi aktiviti bermain.
Aisyah Kenal Huruf Al Quran Seawal 3 Tahun
“Masa itu saya terus guna buku. Anak jadi tak minat
dan cepat bosan. Aisyah, anak sulung. Dia bukan jenis yang boleh duduk diam
dalam satu masa yang lama. Dia lebih suka belajar bila ada aktiviti yang
gerak-gerak.”
Sebab itulah Puan Syima keluarkan kad imbas syifa
untuk tarik minat dia kenal huruf Al Quran. Ajar cara santai sambil bermain.
Aisyah paling suka ‘matching game’.
Tip Mudah Ajar Anak Kenal Huruf Al Quran
1. Memahami usia 0-6 tahun, fitrah anak adalah
bermain, ibu ini gunakan pendekatan bermain untuk melatih anaknya mengaji.
2. Dalam mendidik saya letakkan ukuran ini;
‘Sejauhmana anak ini rasa suka dan minat dengan huruf Al Quran’ ini akan
memudahkan pembelajaran yang lebih advance iaitu Al-Quran.
3. Tak meletakkan anak CEPAT belajar mengaji AL
Quran sebagai ukuran. Kerana cepat atau lambat itu bergantung kepada anak-anak.
4. Sejak usia anak 3 & 4 tahun, anak sudah
didedahkan dengan ‘matching game’. Satu kejutan buat ibu ini bila guru Aisyah
maklumkan, anaknya mula masuk level huruf bersambung. Dia jadi cepat tangkap
dan boleh baca sendiri. Sebab biasanya, anak-anak akan keliru bila masuk hurud
bersambung. Mereka biasanya lebih kenal huruf tunggal.
5. Tiada teknik pun salah atau betul. Cuma, apa yang
saya nampak, walaupun agak lama Aisyah nak tunjukkan result, tapi rupanya dia
kenal bentuk huruf tu, dia bukan hafal. Jadi bila ianya bersambung, ianya tidak
menjadi masalah besar untuk dia.
“Sekarang, dia boleh baca 3 muka surat Buku Iqra
sehari, berbanding dulu nak baca satu muka surat pun dia bosan. Saya akui
faktor usia yang sudah makin besar, jadi dia sudah boleh baca buku.”
Dari Situlah Timbul Idea Nak Gunakan Kad Imbas
(Matching Game)
Langkah 1 – 5
1 – Buka ring pada set kad. Pilih 5 kad secara
rawak, letak di depan anak.
2 : Pilih dan tunjukkan satu huruf pada poster
kepada anak.
3 : Minta anak carikan kad yang sama dengan huruf
yang ditunjukkan di poster.
4 : Aktiviti ini melibatkan pergerakan yang banyak
dalam usaha anak mencari kad.
5 : Dengan cara bermain ini, bukan sahaja Aisyah
seronok dan minat belajar, tapi dapat ingat huruf alif ba ta dengan mudah.
Ajar Anak Mengaji Tanpa Rotan, Aktiviti Bermain Ini
Yang Akan Mengubah Mereka Jadi…
1 – Dulu, perlu ajak banyak kali baru anaknya nak
belajar.
2 – Sekarang, belum tiba waktu mengaji, Aisyah sudah
duduk di depannya, dah tak sabar nak bermain sambil belajar.
3 – Paling best, dulu bila guna buku Iqra, dia tak
boleh habis walaupun 1 muka surat.
4 – Sekarang, dia suka baca. Sampai 3 muka surat
sehari. .
5 – Alhamdulillah, cara mudah yang saya gunakan ini
berjaya menarik minat Aisyah untuk belajar alif ba ta.
6 – Anak ini BUKAN HAFAL, tapi dia berjaya KENAL BENTUK
huruf al quran ini.
Moga dengan perkongsian saya ini, ibu bapa yang
tidak tahu macam mana nak tarik minat anak berkenal kenal dengan huruf Al Quran
dapat dibantu.
Pupuklah anak minat mengaji dan cinta dengan Al
Quran seawal usia. Bila ibu ada cara mudah ajar anak mengaji Al Quran
perjalanan ibu melatih anak akan jadi lebih menyeronokkan.
Sumber/Foto: Syima Ariffin
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "5 Cara Mudah Ajar Anak Mengaji Al Quran Tanpa Memaksa, Seawal 3 Tahun Pun Dah Boleh Mula"
Post a Comment