iklan responsive
Perkongsian 7 zikir ini Diana Rafar tulis di status
instagramnya. Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan
seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki
datang tanpa disangka-sangka.
Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik
daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah
kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak
cara menjemput rezeki suami isteri ini. Kalau diamalkan berdua tentu lebih
murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.
7 Zikir Yang Diana Rafar Amalkan
1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah
banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul
Mubin’
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul
malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi
Subhanallahil Adziim’
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang
BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu
diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk
rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan
tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam
maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi
wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka
ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH
akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang
tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang
halal lagi baik tanpa memberatkan
kami. Jika rezeki kami ada di langit maka
turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN DAN
KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin YA ALLAH Ya
Robbal ‘Alamin.
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "SUBHANALLAH.!!! INILAH MANFAAT 7 ZIKIR HEBAT SUPAYA DAPAT MENJEMPUT REZEKI DI AWAL PAGI."
Post a Comment