iklan responsive
Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak
bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat
muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh
ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya, mengetahui selok belok
agama menjadi wajib bagi seorang muslim.
Terdapat peribahasa yang menyatakan bahawa satu
ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu. Sehingga
dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum mengeraskan
bacaan dalam solat.
Masalah jahar ataupun sirr ketika melafazkan bacaan
surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan menjadikan
kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa bertahyat
awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak, lebih bertumpu
pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam shahih Muslim
telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah dan
dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang
beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat
zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat
subuh.”
Dari keterangan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu
tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah, “Sesekali beliau
memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat kebolehan menjaharkan
bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat zuhur ataupun asar.
Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan menjadi syarat
sahnya suatu solat.
Firman Allah berikut ini akan semakin memperjelas
alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah diantara
keduanya itu.” (QS Al Isra 110)
Tafsir ayat tersebut menjelaskan bahawa ketika
Rasulullah berada di Mekkah, beliau melaksanakan solat berjamaah bersama para
sahabat dengan mengeraskan bacaan surah. Ketika kaum musyrikin Mekkah
mendengarnya, mereka pun mencaci maki bacaan tersebut, mencaci maki pula Dzat yang
menurunkannya dan mencaci maki orang yang menyampaikannya. Kerana sikap itulah,
maka Allah pun berfirman, “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
solatmu” Sehingga jika dipanjangkan maka kalimatnya akan menjadi, “Jangan
keraskan bacaanmu sehingga orang-orang musyrik mendengarnya.”
Akan tetapi Allah juga menyampaikan, “Dan janganlah
pula merendahkannya.” Sehingga bacaan mesti tetap terdengar oleh para sahabat
yang berada di saf pertama. Maka kerana itu Allah memerintahkan Rasul untuk
mencari jalan pertengahan diantara keduanya.
Dalam riwayat yang lain terdapat keterangan yang
menyatakan, “Maka setelah berhijrah ke Madinah perintah tersebut telah gugur.
Beliau boleh melakukan yang beliau kehendaki dari keduanya.”
Dengan melihat berbagai keterangan tersebut, maka
menzahirkan bacaan saat solat maghrib, isya dan subuh serta mensirr-kan bacaan
solat zuhur dan asar adalah pengamalan yang dilakukan saat solat pertama kali
disyariatkan. Allah memerintahkan tidak menzaharkan ketika siang hari supaya
tidak menjadi celaan bagi kaum musyrikin.
Adapun mengapa solat jumaat, solat hari raya, solat
istisqa beserta solat lainnya yang dilakukan siang hari bersuara nyaring
dikeranakan Nabi dan kaum muslim sudah hijrah ke Madinah dimana kekuatan umat
Islam sudah terbentuk serta tidak akan ada kaum musyrik yang berani mencela.
Demikian penjelasan mengapa solat zuhur dan asar
tidak bersuara. Semoga menambah wawasan bagi kita dalam mengenal aturan yang
ada dalam solat dan tidak menyalahkan jika ada yang menzaharkan bacaan pada
solat zuhur dan asar.
Wallahu A’lam
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "KENAPA BACAAN SOLAT ZUHUR DAN ASAR TIDAK DIKUATKAN? INILAH SEBABNYA"
Post a Comment