iklan responsive
Tabiat menguap sangat tidak disukai Allah. Kenapa?
Menguap bukanlah dibenci Allah, tetapi tidak disukainya kerana menguap
cenderung melemahkan dan melesukan tubuh badan untuk beribadah yang berpunca
daripada banyak makan. Oleh itu Rasulullah ada mengajarkan kita tiga adab
menguap yang boleh dipraktikkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:” Sesungguhnya Allah
menyukai (hambanya) bersin dan tidak menyukai hambanya menguap.” (RIwayat
Al-bukhari)
Inilah islam yang mengatur dan menitikberatkan adab
dalam seluruh kehidupan manusia walaupun sekecil-kecil perkara.
Alangkah indahnya hidup seorang muslim yang memilih
islam sebagai cara hidup yang memberi panduan dalam setiap urusan kehidupannya.
Antada adab menguap yang diajarkan oleh Rasulullah:
1. Berusaha menahan diri daripada menguap
Menguap tidak dapat dielakkan kerana ia tindak balas
semula jadi badan manusia. Oleh itu perbaiki corak pemakanan, cara pernafasan
dan keaktifan tubuh kerana menguap petanda negative tubuh kita kelesuan kerana
kekurangan oxygen dan peredaran darah tidak lancar.
Maka apabila menguap berusahalah menahannya. Jika
tidak mampu, jangan sampai mengeluarkan suara ataupun menggeliat badan.
2. Meletakkan tangan di mulut
Seperti yang diriwayatkan oleh muslim, ini merupakan
cara yang diajarkan oleh Rasulullah bagi melindungi ‘syaitan’ daripada masuk ke
dalam mulut yang terbuka. Huraian para ulama ‘syaitan’ yang dimaksudkan ialah
penyakit.
Jika dilihat dari sudut perubatan moden, mulut
manusia yang menguap akan mengeluarkan virus penyakit berjangkit. Jadi hikmah
adab ini bagi melindungi diri kita dan orang lain daripada penyakit tersebut.
3. Hentikan bacaan Al-quran
Bagi mengelakkan daripada berubahnya sebutan huruf
Al-quran yang boleh menyebabkan maknanya berubah, maka dianjurkan agar berhenti
membaca Al-quran ketia menguap. Dan diulangi kembali ayat tersebut.
Keburukan menguap
Nabi s.a.w. bersabda:
“Bersin itu daripada Allah dan menguap itu daripada
syaitan. Jika salah seorang daripada kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan
tangannya. Jika ia katakan ‘aah’ maka syaitan tertawa dalam perutnya.
Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Riwayat Al-tarmizi)
(Sumber: Gen-Q)
ikalan saiz 250
iklan adnow
0 Response to "TABIAT MENGUAP SANGAT TIDAK DISUKAI ALLAH. KENAPA? BACA PENJELASANNYA DI SINI.."
Post a Comment