iklan responsive
Saintis Jepun ini teropong air zam zam bawah
mikroskop sendiri. Dia terkejut tengok bentuk kristal air paling cantik dia
pernah tengok antara semua air.!
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air
zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.
Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun
menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada
pengaruh-pengaruh positif dan negatif.
Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada
kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut
membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau,
air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil
membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang
berkilauan indah.
Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil
menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.
Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam
persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New
York.Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif
terhadap air.Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan
muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan
kelihatan hancur serta buruk.”Ternyata, air boleh ‘mendengar, membaca dan
memahami’ kata dan doa,” katanya.
Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah
universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta
mengenai air.Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa
akan ‘kehebatannya’.Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk
melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.
Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air
zam-zam diuji dan dikenal pasti.
Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu
kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.
Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam
dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal
Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.
telaga air zamzam
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang
ada di sekitar Mekah.Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih
tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan
penyembuhan.Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat
memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di
telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.Justeru, dalam
perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting
untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau
ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.
Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka
dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini
turut dibacakan ke air penawar.Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul
air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan
ayat suci al-Quran.
Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar
menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan
memberi kesan positif kepada peminumnya.
dari tv14.my
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh
mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering
walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal
untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari
Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali
musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh
pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta
orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika
pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter
air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan
kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter
sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir
mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk
diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di
bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan
penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air
hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang
kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki
masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di
Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di
Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas
menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada
gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak
seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut
apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja
(Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh
mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak
ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam
boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian
setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta
pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit
di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa,
apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa
dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil
dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia
boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan
air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air
dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam
telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati
sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang
terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat,
pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus
menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi
telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan
air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama
besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik
di semua kawasan,ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada
goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab
Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya
efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air
telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan
garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih
banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan
bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan
garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.
“Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu
datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini
air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk
apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar
sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu.
Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR
Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam
sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan
Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit
dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di
laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain.
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi
dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan
penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang
berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun
lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di
sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air
zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji
membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi
sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam
mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Dunia Maklumat
ikalan saiz 250

iklan adnow
0 Response to "Subhanallah!! Saintis Jepun Menemui Fakta Mengejutkan Mengenai Air Zam-zam"
Post a Comment